Friday, April 2, 2010

Pembangunan Atau Alam Semula Jadi

Assalamualaikum...

Pernahkah anda duduk dan melihat persekitaran anda.Sekiranya anda seperti saya,seorang remaja yang tinggal di bandar,perhatikanlah bangunan yang berdiri gah.Contoh yang paling senang ialah Kuala Lumpur Convention Centre(KLCC).KLCC merupakan hasil sebuah seni bagi Malaysia.Bentuknya dirancang dengan teliti supaya mengandungi unsur-unsur Islam.Hasil daripada perahan idea oleh tokoh negara kita iaitu Tun Dr. Mahathir telah berjaya menaikkan nama negara kita di persada dunia.

Namun begitu, bukan topik ini yang saya ingin kongsikan dengan saudara/saudari.Kita telah lama memanjakan diri sendiri sehingga lupa akan asal-usul diri kita sebagai seorang manusia.Manusia dicipta untuk mencari ilmu pengetahuan dan itu adalah salah satu tugas utama kita sebagai seorang manusia.Namun manusia sekarang hanya mementingkan duit semata-mata.Hasilnya,Generasi sekarang sudah lalai dan leka dalam kehidupan mereka.

Tidak terdetikkah di hati saudara/saudari apabila berada di kawasan semula jadi yang tidak seberapa dibangunkan lagi.Pernahkah ketika anda berada di kampung yang senantiasa di selubungi tumbuh-tumbuhan dan ayam-ayam berlari ke sana-sini.Impaknya hati kita akan mula berasa lebih tenang daripada situasi berada di bandar.



Sekiranya anda tidak percaya,cubalah bandingkan gambar bandar dan gambar flora dan fauna.Rasailah perbezaan emosi dan perasaan anda yang amat ketara.Mengikut kajian,bandar yang dibina oleh manusia mengeluarkan sejenis tenaga negatif yang membuatkan kita berasa lemah,lesu,resah dan gelisah.Tenaga ini boleh dikaitkan dengan prinsip YING YANG di mana terdapat tenaga negatif dan positif.Tenaga positif pula dapat dirasai apabila diri ini berada dekat dengan alam semula jadi.Bukti yang amat jelas dapat dilihat apabila seseorang itu mahu take a break from work.Mereka selalunya memilih kawasan semula jadi seperti pantai,bukit,pulau dan hutan.Itulah yang saya katakan,manusia hanya melakukan sesuatu tanpa memikirkannya terlebih dahulu.Lokasi alam semula jadi membolehkan diri kita berasa tenang dan bebas.

Akhirul kalam,berfikirlah saudara/saudari.Allah mengurniakan kelebihan akal kepada kita untuk tujuan tertentu.Gunakanlah minda dan akal sebaik mungkin.Fahamilah tentang dunia yang penuh misteri ini.Kita amat digalakkan menerokai khazanah-khazanah dunia ini."WE LIVE IN A BEAUTIFUL WORLD"

Sebelum mengakhiri rentetan ini,terdapat video yang dapat menenangkan diri serta membuka mata kalian tentang bertapa indahnya dunia ini yang telah diciptakan oleh Allah untuk kita.


Salam....

No comments:

Post a Comment