Monday, May 17, 2010

Waaaa... Alhamdulillah dapat Biasiswa MARA...

Assalamualaikum....

Tik tok bunyi jam yang menandakan masa sudah berlalu dengan pantas...
Tanpa disedari, hampir 5 bulan cuti sudah berlalu...
Cuti pon sudah hampir tamat dan tiba masanya untuk kembali menimba ilmu.

Tarikh 23 Mei merupakan hari keramat bagi kebanyakan rakan-rakan seperjuangan kerna hari tersebut merupakan hari REGISTRATION bagi sesiapa yg berjaya ditawarkan ke UITM. Walaupun diri ini telah ditawar untuk mengikuti program Asasi Kejuruteraan selama setahun di UITM Puncak Alam. Mengikut kajian, hampir semua pelajar Asasi akan ditempatkan di sini. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ramai rakan-rakan saya berteraburan dan bersepahan di sekitar kawasan UITM Puncak Alam.


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


Namun begitu, tawaran ini menjadi second choice kepada saya kerana diri ini masih menunggu peluang utama iaitu Program Ijazah Luar Negara, PILN under biasiswa MARA yg keputusannya masih tidak diketahui lagi. At first, pihak MARA ada mengatakan bahawa result program tajaan tersebut akan keluar pada 17 Mei. Akan tetapi, keputusan tersebut ditunda beberapa kali sehingga hari jumaat iaitu 21 Mei tepat pada pukul 4 petang.

Alhamdulillah kata yg keluar dari mulut saya sejurus melihat keputusannya. "TAHNIAH, anda telah ditawarkan program A-Level Kejuruteraan di Kolej Mara Seremban". Hati mula terasa sebak + masih berdebar-debar. Ini merupakan nikmat dan rezeki dari Yang Maha Esa kepada saya. setelah surat tawaran tersebut saya teliti, 30 Jun tertulis bermaksud lebih kurang 1 bulan lagi cuti saya diteruskan. Perasaan CUAK mula menyelubungi diri kerana dalam fikiran, semua yg mendapat tawaran ini bukannya calang-calang pelajar. Namun, perasan mahu memulakan hidup yg baru dapat dirasai di penjuru hati hasil daripada ketidakpuas hati dengan keputusan SPM yg lalu. Straight after that, dada mula dikembang dan dilebarkan dengan semangat untuk melakukan lebih baik daripada zaman SPM yg terdahulu.


KOLEJ MARA SEREMBAN


Walaupun kehidupan saya penuh dengan liku-liku. Bak kata orang, kehidupan ini seperti roda sometimes kita berada di atas dan kita juga boleh berada di bawah. Hatta walau di mana jua kita berada sama ada di atas, di sisi ataupun di bawah, usaha mesti disemat dalam diri. Walaupun kita gagal, akan ada nikmat disebalik kegagalan tersebut. So, janganlah mudah berputus asa dalam kehidupan ini.

Salam....



Tuesday, April 27, 2010

MARA ESSAY 2010

Assalamualaikum...

just wanna share with u guys...
so enjoy reading it.

A Summary of My Life, My Education Plan, and My Career Aspiration

My name is Ahmad Safwan Afif and I stay in Ampang, Selangor. I am the youngest of three boys in my family and both of my parents are working. My father is the Deputy Director of Kuala Lumpur District Education Office while my mother works as a supervisor at the Armed Forces Staff College in Kuala Lumpur. Meanwhile, my eldest brother is currently doing his degree in Medicine in International Medical University and my second brother is in State University of New York of Buffalo, completing his degree in Biotechnology.

I did my primary education in Sekolah Kebangsaan Bukit Indah and scored 5 As in my UPSR. After that, I continued my study in Victoria Institution for 5 years and managed to get 8 As in my PMR and 9 As 1 B for my SPM examination. In my secondary school, I was actively involved in co-curricular activities and held a number of position in clubs and uniformed bodies. I was the president of Muslim Students’ Society and the treasurer of Inventor and F1 Club. Besides that, I was one of the founders of Rakan Muda Club and Committee Member of the Board of Chairman. These experiences had helped to cultivate my leadership quality and improve my communication skill

My experience in my school F1 team as manufacturing engineer had led me to be interested in the field of engineering especially mechanical. Hence, I plan to complete my pre-university examination and then proceed with the 4-year degree in engineering. It is my hope to further my study in top universities in United Kingdom such as Imperial College because I can be exposed to latest technology and system that are used there. My ultimate aim in my academic life would be to obtain a PhD in engineering as it can be a strong platform for me to achieve my goals in my future career.

In future, I would love to work in high profile companies such as Proton or Perodua. Besides, it is my aspiration to help our government to reach the target of becoming a developed country by year 2020. I believed that my expertise can be utilised in various fields such as industrial and infrastructural development. Lastly, if I am awarded with this scholarship, I will do my best not to disappoint my sponsor, my family, and myself. With God permission, I will aim to reach the greatest height in the field of engineering.

Friday, April 2, 2010

Pembangunan Atau Alam Semula Jadi

Assalamualaikum...

Pernahkah anda duduk dan melihat persekitaran anda.Sekiranya anda seperti saya,seorang remaja yang tinggal di bandar,perhatikanlah bangunan yang berdiri gah.Contoh yang paling senang ialah Kuala Lumpur Convention Centre(KLCC).KLCC merupakan hasil sebuah seni bagi Malaysia.Bentuknya dirancang dengan teliti supaya mengandungi unsur-unsur Islam.Hasil daripada perahan idea oleh tokoh negara kita iaitu Tun Dr. Mahathir telah berjaya menaikkan nama negara kita di persada dunia.

Namun begitu, bukan topik ini yang saya ingin kongsikan dengan saudara/saudari.Kita telah lama memanjakan diri sendiri sehingga lupa akan asal-usul diri kita sebagai seorang manusia.Manusia dicipta untuk mencari ilmu pengetahuan dan itu adalah salah satu tugas utama kita sebagai seorang manusia.Namun manusia sekarang hanya mementingkan duit semata-mata.Hasilnya,Generasi sekarang sudah lalai dan leka dalam kehidupan mereka.

Tidak terdetikkah di hati saudara/saudari apabila berada di kawasan semula jadi yang tidak seberapa dibangunkan lagi.Pernahkah ketika anda berada di kampung yang senantiasa di selubungi tumbuh-tumbuhan dan ayam-ayam berlari ke sana-sini.Impaknya hati kita akan mula berasa lebih tenang daripada situasi berada di bandar.



Sekiranya anda tidak percaya,cubalah bandingkan gambar bandar dan gambar flora dan fauna.Rasailah perbezaan emosi dan perasaan anda yang amat ketara.Mengikut kajian,bandar yang dibina oleh manusia mengeluarkan sejenis tenaga negatif yang membuatkan kita berasa lemah,lesu,resah dan gelisah.Tenaga ini boleh dikaitkan dengan prinsip YING YANG di mana terdapat tenaga negatif dan positif.Tenaga positif pula dapat dirasai apabila diri ini berada dekat dengan alam semula jadi.Bukti yang amat jelas dapat dilihat apabila seseorang itu mahu take a break from work.Mereka selalunya memilih kawasan semula jadi seperti pantai,bukit,pulau dan hutan.Itulah yang saya katakan,manusia hanya melakukan sesuatu tanpa memikirkannya terlebih dahulu.Lokasi alam semula jadi membolehkan diri kita berasa tenang dan bebas.

Akhirul kalam,berfikirlah saudara/saudari.Allah mengurniakan kelebihan akal kepada kita untuk tujuan tertentu.Gunakanlah minda dan akal sebaik mungkin.Fahamilah tentang dunia yang penuh misteri ini.Kita amat digalakkan menerokai khazanah-khazanah dunia ini."WE LIVE IN A BEAUTIFUL WORLD"

Sebelum mengakhiri rentetan ini,terdapat video yang dapat menenangkan diri serta membuka mata kalian tentang bertapa indahnya dunia ini yang telah diciptakan oleh Allah untuk kita.


Salam....

Thursday, April 1, 2010

Sebagai Renungan

Assalamualaikum...


Lagu ini dijadikan penawar untuk hati yang kecewa.....
Anyway please enjoy...:P

Ketenangan Mula Kembali Dalam Diri

Alhamdulillah...




Perkataan pertama teruncap dari mulut dan bibir...
Setelah hampir sebulan hidup dalam kekecewaan akibat daripada peristiwa 10 Mac.Ketenangan hati mula beransur kembali sedikit demi sedikit.Hal ini terjadi hasil daripada khabar gembira yang mula memasuki kehidupan.

Hati berasa tenang apabila sijil Anugerah Remaja Perdana Gangsa telah berjaya diperoleh setelah menunggu hampir 2 bulan.Anugerah ini amat bermakna kerana mengingatkan zaman persekolahan yang gila-gila dahulu.Banyak aktiviti telah dilakukan bagi melengkapkan modul anugerah ini.Modul tersebut boleh dikatakan sebijik dengan Program Latihan Khidmat Negara(PLKN).Bak kata orang puteh "A lot of blood,sweat and tears had been given out to get the award".Hasilnya amat berbaloi kerna anugerah ni berikan bonus marks untuk markah koko.


Anugerah Remaja Perdana Gangsa


Di sebalik khabar gembira yang pertama,terselit pula khabar yang kedua.Khabar ini amat menggembirakan hati dan berjaya membuatkan diri berasa senang buat sementara waktu.Pabila ku membuka laman web MARA dan no ic pun siap ditaip.Hati gementar, jiwa meronta, jantung macam hendak meletop.Lalu keputusan berada di hujung jari.Setelah ku tekan butang tetikus.Tulisan "Anda telah dipanggil untuk di temuduga" keluar di screen komputer.Diri pun mula melompat2,berteriakan serta sambil menjerit di telinga abangku yang sedang tidur di sebelah.

Konklusinya,kehidupan ini penuh dengan dugaan.Ada kalanya kita ditimpa musibah dan ada kalanya kita menemui nikmat.Tuhan itu maha adil dan saksama.So kalau musibah menimpa,hati haruslah senantiasa mengingati Tuhan dan sekiranya nikmat turun,lidah perlulah mengucapkan ALHAMDULILLAH sebagai tanda syukur kepada Tuhan.

Salam.....




Thursday, March 25, 2010

Pembuka Bicara...

Assalamualaikum...

Setelah melihat kejayaan rakan-rakan dalam blog masing-masing, hati mula memberontak.Badan sentiasa terasa tidak senang.Emosi mula membara dan kacau-bilau.Saya tercabar dengan kepandaian rakan-rakan yang berjaya menggunakan blog ke arah kebaikan.Ada yang menggunakannya sebagai diari kehidupan dan ada juga yang dijadikan sebagai alat untuk berkongsi serta menyebarkan ilmu pengetahuan.

Setelah berfikir panjang,keputusan mula terbentuk di minda untuk membuka blog sendiri.Bukan untuk membesarkan diri,tetapi untuk memajukan diri.

Sekiranya ada salah kosa kata atau tatabahasa harap dimaafkan.Kerna diri ini baru menulis semula sejak peperiksaan SPM yang lalu.

Salam