Alhamdulillah...

Perkataan pertama teruncap dari mulut dan bibir...
Setelah hampir sebulan hidup dalam kekecewaan akibat daripada peristiwa 10 Mac.Ketenangan hati mula beransur kembali sedikit demi sedikit.Hal ini terjadi hasil daripada khabar gembira yang mula memasuki kehidupan.
Hati berasa tenang apabila sijil Anugerah Remaja Perdana Gangsa telah berjaya diperoleh setelah menunggu hampir 2 bulan.Anugerah ini amat bermakna kerana mengingatkan zaman persekolahan yang gila-gila dahulu.Banyak aktiviti telah dilakukan bagi melengkapkan modul anugerah ini.Modul tersebut boleh dikatakan sebijik dengan Program Latihan Khidmat Negara(PLKN).Bak kata orang puteh "A lot of blood,sweat and tears had been given out to get the award".Hasilnya amat berbaloi kerna anugerah ni berikan bonus marks untuk markah koko.
Anugerah Remaja Perdana Gangsa
Di sebalik khabar gembira yang pertama,terselit pula khabar yang kedua.Khabar ini amat menggembirakan hati dan berjaya membuatkan diri berasa senang buat sementara waktu.Pabila ku membuka laman web MARA dan no ic pun siap ditaip.Hati gementar, jiwa meronta, jantung macam hendak meletop.Lalu keputusan berada di hujung jari.Setelah ku tekan butang tetikus.Tulisan "Anda telah dipanggil untuk di temuduga" keluar di screen komputer.Diri pun mula melompat2,berteriakan serta sambil menjerit di telinga abangku yang sedang tidur di sebelah.
Konklusinya,kehidupan ini penuh dengan dugaan.Ada kalanya kita ditimpa musibah dan ada kalanya kita menemui nikmat.Tuhan itu maha adil dan saksama.So kalau musibah menimpa,hati haruslah senantiasa mengingati Tuhan dan sekiranya nikmat turun,lidah perlulah mengucapkan ALHAMDULILLAH sebagai tanda syukur kepada Tuhan.
Salam.....

No comments:
Post a Comment